Saturday, February 14, 2009

Baja forliar


D.I. Grow merupakan baja cecair yang diperkuatkan dengan
formulasi baru, kaya dengan makronutrien, mikonutrien, Asid
humik dan Ekstrak Acadian Seaweed. Ia mesra alam dan membantu
tumbesaran pokok-pokok, sayur-sayuran, buah-buahan, dan
bunga-bungaan. Di samping memperbaiki kualiti tanah, ia juga
meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman.

KANDUNGAN:
Makronutrien: Nitrogen, Fosforus, Natrium, Kalium,
Magnesium, Kalsium
Mikronutrien: Besi, Mangan, Kuprum, Zink, Boron,
Molibdenum
Nutrien Tambahan: Asid Humik dan Ekstrak Acadian
Seaweed

FUNGSI:
Makronutrien: Membantu tumbesaran tumbuh-tumbuhan,
meningkatkan kualiti buah dan daun, serta meningkatkan penghasilan
biji dan buah
Mikronutrien: Penting bagi pembentukan klorofil dan diperlukan
untuk fungsi enzim-enzim. Mereka memainkan peranan yang penting
dalam pertumbuhan/pembiakan tanaman, pembentukan dinding sel,
pengambilan kalsium, serta pergerakan hormon
Nutrien Tambahan:
ASID HUMIK dapat mengukuhkan tumbesaran tanaman, membantu
penyerapan nutrien, sertamemperbaiki kualiti tanah
EKSTRAK ACADIAN SEAWEED menambahkan kesuburan, nutrisi,
dan kualiti tanaman. Ia juga mengandungi asid alginik yang bertindak
sebagai perapi tanah, memperbaiki keupayaan tanah untuk menakung
air dan membantu pembentukan struktur tanah


CIRI-CIRI:
Menambah ketahanan tanaman terhadap penyakit yang disebabkan
oleh bakteria dan fungus
Membantu tanaman berbunga dan berbuah, serta
keguguran awal
Meningkatkan kadar fotosintesis dalam daun dan merangsang
penyerapan nutrien akar tanaman
Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman
Tidak bertoksik dan mesra alam


NOTA:
Goncang sebelum guna
Jangan sembur di bawah matahari terik
Disyorkan penyemburan pada waktu pagi atau sebelah petang untuk
kesan yang lebih baik
Ulangi penggunaannya jika hujan dalam 6 jam selepas penyemburan
Jika sembur pada bahagian batang atau akar tanaman yang tinggi dan
besar, sukatan boleh digandakan untuk kesan/keputusan yang maksimum

No comments:

Post a Comment